Nov 29, 2013

FATAMORGANA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kami bukanla ahli puitis mahupun sastera..
Belajar sastera pun bukan.. tapi kami tertarik akan kata nya
"FATAMORGANA"
yang kecil itu mungkin jelas dihadapan kita..tp impak besarnya mungkin senantiasa kabur,itulah permainan fatamorgana.

Pada asalnya kami sendiri kurang jelas.. tp setelah kami buat research ringkas..  kami dptla simpulkan n kaitkan Fatamorgana dengan lyfe manusia.
Apa yang menarik dgn Fatamorgana ni? 
-ia hanya satu perkataan.. tp if anda sume search at google.. dy datang dlm pelbagai definisi,
satu perkataan.. banyak definisi.. dan tentula kami dpt lahirkan kesimpulan kami..jadi kami pun kongsila kat sini..

bekla..kami mula dri definisi biasa sehingga definisi double meaning..:)
En Wiki kata :
 "Fatamorgana adalah nama saudari Raja Arthur, Faye le Morgana, seorang peri yang boleh berubah-ubah rupa."

Dari segi sains nye plak :
 "Fatamorgana ini merupakan 1 fenomena yang sering terjadi di gurun pasir menyerupai danau atau air atau kota y sebenarnya teda nyata akibat pembiasan cahaya di udara panas dan tempat lapang"
  ATAU
 " y senang dilihat.. contoh.. apabila berada di jalan raya yang lurus dan lapang pada wktu panas.kelihatan dr jauh ada lopak or genang air..bila dekat TIADA"

Dari segi persepsi certain pihak :
   "Fatamorgana ni dikategorikan bawah gangguan jiwa . Sewajarnya fatamorgana tidak dikategorikan sedemikian,tetapi oleh kerana fatamorgana ini mengakibatkan sesetengah manusia melihat hal yang salah hingga melahirkan tindakan yang salah"
ATAU
  "Fatamorgana sering diringkin dengan relationship or impian yang sudah pastinya manusia ta tahu apa yang akan berlaku seterusnya

Dari segi definisi kasar plak:
  "Fatamorgana ini merujuk kepada tidak akan kekal dan akan hilang"

Namun demikian ;
 Dalam Surah An-Nuur Ayat:39 yang membawa maksud
"dan orang-orang kafir amal2 mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar yang disangka air oleh orang2 yang dahaga,tetapi bila didatangnya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya,lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal2 dengan cukup & Allah adalah sgt cepat perhitunganNYA"
 
Keindahan dunia yang mampu menyedarkan kita kembali kepada Pencipta mungkin menjadi paradigma kepada fatamorgana dunia


hah.. itula antara definisi2 y berbeda. tp ap y kami dpt highlightkan.. ia tetap merujuk kepada 1 kesimpulan dan 1 pemikiran  . 
persoalan kami kali ini.."fatamorgana" ni dapat di cop sbgi negatif or positif?

Moh..kami ulas tiap definisi tadi mengikut kata kesimpulan kepala kami.
 1- dari segi En.wiki n Sains kata.. ta dapatlah na disangkal lagi..sbb itu sudah fakta :)

 2- dr segi persepsi certain pihak iaitu melihat hal yang salah hingga melahirkan tindakan yang salah.
dr persepsi pihak ini..kami dapat katakan fatamorgana ini dimanipulasikan oleh manusia dan digunakan sbgai satu pencitraan pada masa sekarang.Walaubagaimanapun pemikiran manusia dan ideologi manusia yang menghasilkan tindakan.sudah jelas lagi nyata apa yang dilihat salah..maka kenapa masih lagi ada yang menyumbang tindakan yang salah..
sebagai contoh apa yang ada sekitar lyfe kita.
.
 "IKLAN. iklan selalu mengaburkan kita.Iklan seperti tergambar tidak nyata. kadang2 ada sak iklan ta logik,tp demi melariskan.. hal demikian diterima oleh pengguna..am i right?"

contoh lagi..

 "DIRI MANUSIA. manusia terdorong dalam mengubah ap yang azalinya seperti sikap or rupa demi kepentingan..namun demikian.. lambat laun..apa y azali itu yang kelihatan ."

  3-Persepsi yang mengiringkan fatamorgana dan relationship. yang ini dapat kami selitkan "indah khabar dri rupa" "angan2 mat jenin".. pendek kata..dalam hal ini manusia ber angan kan or ber impikan sesuatu yang tidak nyata dan jelas .namun demikian impian dan angan mereka sering berubah dialun waktu.. tidak seiring impian n realiti.itula fatamorgana relationship.

 4 - kami mengabungkan definisi kasar dn sedikit kefahaman dr surah An-Nuur
       dari kedua2 definisi ini. kami bawa kepada satu pemikiran. manusia di sini terlalu mengejar indahnya dunia (fatamorgana) bende yang tidak tentu nyata or kadag2 nyata tapi sudah semstinya tidak akan kekal..pendek kata..dunia ini hanyala sementara dan akhirat itula yang pasti.. melalui definisi ini, fatamorgana ini meninggalkan tindakan negatif terhadap manusia. manusia menjadi alpa, lalai, rakus, tamak, takabur ,sanggup memanupulasi , sanggup menipu ,memperdaya sesama sndiri dan lain lain lgi. semua ini permainan dunia.knp manusia y dikurniakan akal dn fikiran..masih jua tersasar.itulah fatamorgana,impaknya teda terasa tapi sering hampir kita,Mmg teda salah mencari kepentingan dunia.. tetapi seiringkanla dgn fardhu ain dan kifayah, kerana fatamorgana dunia ini penuh kompleks mecabar dan indah dikhabarkan.. lalu manusia sering jatuh lemas akannya. 
pengalaman hidup yang berbeda tiap manusia bertindak balas terhadap fatamorgana kehidupan manusia itu.mungkin saja laluan nya sama..tp hakikatnya ia tetap berbeda bgi tiap individu y dimanipulasi


Namun demikian, waktu , iman , dan pengalaman hidup adalah mush fatamorgana.

Fatamorgana tida nyata.. ibarat loyang disimpan di almari tetap menjadi loyang dan emas dalam lumpur tetap menjadi emas.pendek kata ia tetap fatamorgana. bila waktu berlalu baru manusia sedar dan dpt simpulkan dimana salah silap dan kealpaan mereka...

Fatamorgana ibarat godaan.. sekiranya iman senantiasa teguh,,InsyaAllah.. manusia selamt dri permainan dunia.

Fatamorgana mengekori liku hdp kita. apabila kita menempuhnya saban hari..kita melaluinya .maka mengajar kita untuk esoknya... pengalaman akan mengurangkan fatamorgana kita. kerana pengalaman akan sentiasa melahirkan pemikiran baru buat manusia yang mengalaminya.

Itu sajalah yng dapat kami jelaskn. Indah bila sebut Fatamorgana..indah khabar drilah rupa.
moga saja entri kali ini sebgai pengkongsian dn ingatan bersama.
Mungkin ade kurang n terlebihnya entri kali ini.Harap dimaafkan.

Disini..kami selitkan lagu Fatamorgana nyanyian Hijjaz .

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
( ulang dari korus )
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

p/s - pada entri kali ini kami selitkan beberapa photo hasil dr tangkapan saudara ADAMUPM. sejujurnya kami amat mengagumi bakat saudara ini dimana setiap photo galerinya menceritakan sesuatu yang indah. pendek kata kami copkan sebagai "pencinta alam". .kdg2 hanya nampk biasa dimata kasar tp melahirkan arti yang bermakna. 
sesiapa yang ingin  melihat photo y lain bolehla ke instagram beliau - ADAMIUPM.
TERIMA KASIH..